Ciri-ciri dan sifat sesuatu matawang
Setiap matawang mempunyai ciri-ciri dan sifatnya yang tertentu. Ciri-ciri dan sifat sesuatu matawang itu lazimnya mengikut polisi atau dasar perdagangan Negara tersebut. Contoh sifat dan ciri-ciri matawang terhadap pasaran global adalah seperti berikut:
GBP : Mesra perdagangan atau business friendly. Sebarang berita berkenaan dengan perkembangan ekonomi seperti Indeks Pengeluaran yang positif akan melonjakkan nilai GBP.
CHF : Matawang yang selamat dan stabil
EUR : anti-USD, Bank Pusat Eropah sangat bimbang kekukuhan matawang USD kerana ekonomi Eropah bergantung hampir sepenuhnya kepada eksport.
JPY : Sedang dalam proses mengurangkan inflasi, pengimport utama minyak dunia; sering juga sengaja dilemahkan untuk mengalakkan industri eksport.
AUD : Sensitif terhadap harga emas, kerana Australia adalah pengeluar emas kedua terbesar di dunia.
NZD : Mengikut AUD kerana ekonomi negara New Zealand bergantung kepada keadaan ekonomi Australia.
CAD : Sensitif terhadap harga minyak mentah dunia kerana Canada adalah pengeksport minyak ke-sembilan terbesar di dunia.